Sewa Kereta Kota Kinabalu

Ingin mencari Kereta Sewa Kota Kinabalu? Memudahkan perjalanan anda adalah tanggungjawab dan komitmen yang pasti diutamakan. Kami adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan mempunyai lesen sah yang berdaftar di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Telah beroperasi sejak tahun 2013 dengan menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan di Kota Kinabalu dengan harga memuaskan dan terbaik dengan pelbagai jenis kenderaan mengikut keperluan dan kesesuaian program perjalanan pelanggan.

TK BAYU CAR RENTAL & TRAVEL adalah syarikat sewa kereta kota kinabalu dan terletak di Kompleks Asia City di Kota Kinabalu.  Kami menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga murah dan berpatutan sesuai dengan keadaan kereta sewa yang cukup optimum dari segi kondisi kereta, keselesaan, kebersihan, keselamatan dan juga prestasi kereta yang cemerlang.

sewa kereta kota kinabalu

Apabila tiba di Kota Kinabalu bagi tujuan kerja / berkursus / melancong, sudah pasti pengangkutan merupakan perkara utama yang perlu diutamakan dahulu. Sebagai penyedia sewa kereta kota kinabalu, kami sedia memberikan perkhidmatan sewa kenderaan pelbagai jenis kepada pelanggan kami sama ada kereta berjenis kompak, sedan, MPV, van, SUV, 4×4 dan lain-lain mengikut sesuaian serta kehendak pelanggan. Model-model sewa kereta kami adalah terdiri daripada kereta-kereta berjenama Proton, Perodua, Toyota, Honda, Nissan seperti Axia, Saga, Bezza, Myvi, Vios, Honda City yang mana semuanya mempunyai kelebihan dari segi penjimatan penggunaan petrol, saiz kereta yang tidak terlalu besar memudahkan pemanduan anda di sekitar Kota Kinabalu.  Amat sesuai untuk anda yang memilih berada Kota Kinabalu untuk tempoh yang singkat secara individu, bersama teman rapat atau keluarga kecil.

Sebaliknya, jika anda travel bersama keluarga atau secara berkumpulan dan tujuan anda datang ke Kota Kinabalu adalah untuk bercuti, dicadangkan agar anda mencari kereta sewa dari jenis MPV atau Van.  Pernah beberapa kali kami mengalami situasi di mana pelanggan meminta upgrade kepada kenderaan lebih besar setelah kenderaan disewa pandu.  Amat penting sekali memastikan percutian anda tidak hilang mood disebabkan ruang kenderaan yang sempit dan ini adalah kesilapan besar bagi kaki shopping! Harga sewa kereta kota kinabalu murah dan berpatutan serendah RM100 sehari bagi yang menyewa 2 ke 3 hari. Selain menyewa secara harian, kami juga menyediakan sewaan kenderaan secara mingguan mahupun bulanan, tidak kira untuk tujuan pekerjaan, perniagaan, mahupun untuk tujuan percutian.  Anda akan pasti mendapat perkhidmatan sewa kereta yang murah di Kota Kinabalu, sama ada untuk tujuan peribadi atau untuk tujuan korporat semuanya mampu disediakan oleh syarikat kami. 

Bagi yang ingin ke Kota Kinabalu tetapi tidak pasti lokasi-lokasi terbaik untuk dikunjungi, jangan risau kami ada menyediakan perkhidmatan pemandu yang arif dengan tempat-tempat menarik dan wajib di kunjungi di Kota Kinabalu.  Ada di kalangan pelanggan sewa kereta kota kinabalu yang mempunyai masa terhad tetapi dalam masa yang sama mahu menikmati percutian yang terancang, sudah pasti kereta sewa bersama pemandu adalah pilih terbaik. Dan yang pasti pemandu dari TK Bayu Car Rental & Travel adalah berpengalaman, terbaik & peramah. Mereka ini mahir selok-belok jalan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran dengannya. Oleh itu, masa terhad anda dapat digunakan dengan sepenuhnya dan yang pastinya percutian anda lebih bermakna walaupun mempunyai masa yang sangat terhad.

Kelebihan apabila menyewa kenderaan dengan TK BAYU CAR RENTAL & TRAVEL:

  1. Kereta baru
  2. Kereta sewa dipastikan bersih sebelum diserahkan kepada pelanggan
  3. Penyelenggaraan kereta sewa secara berkala dilakukan, jadi pelanggan-pelanggan tidak perlu risau sama sekali tentang penyelenggaraan kereta.
  4. Harga murah dan berpatutan
  5. Perkhidmatan penghantaran kereta sewa secara percuma di KKIA & Kota Kinabalu sekiranya menyewa 2 hari ke atas.
  6. Perkhidmatan penghantaran kereta sewa dengan caj berpatutan jika di luar kawasan Kota Kinabalu
  7. Diskaun untuk tempoh sewaan empat(4) hari ke atas
  8. Antara syarikat sewa kereta kota kinabalu yang pentingkan mutu kualiti servisnya.

Data Carian Google Search Untuk Sewa Kereta Kota Kinabalu

Menurut data carian Google Search dan juga Google Partners untuk carian di Internet berkaitan sewa kereta di kota kinabalu, data menunjukkan antara 1000 – 10k carian bagi tempoh sebulan @ 30hari. Betul !!!. Ini bersamaan antara 40-60 carian yang dilakukan oleh pengguna internet dalam tempoh 1hari sahaja. Best kan bisnes sewa kereta ni??? Hampir ada saja setiap hari pelanggan diluar sana yang mencari sewa kereta kota kinabalu sebagai contoh. Ada antara mereka yang mengalami kerosakan kereta, roadtax dan cukai jalan tamat tempoh, kereta eksiden dan sebagainya. Selain itu, admin sewakeretakotakinabalu.com mendapati bahawa ramai dikalangan owner bisnes sewa kereta mahupun pengusaha sewa kereta yang menggunakan teknik pemasaran secara online seperti Google Ads, FB Ads, email marketing dan lain-lain lagi. Rata-rata pemilik bisnes menggunakan Google Ads, iaitu satu bentuk platform pengiklanan online secara berbayar (paid to click) yang disediakan oleh pihak Google.

Data Carian Google Search Untuk Sewa Kereta Kota Kinabalu

Pengiklanan secara online ini amat berkesan bagi mereka diluar sana yang inginkan iklan bisnes mereka terpapar dengan cepat di 1st page Google tidak sampai 10minit sahaja. Akan tetapi ia dikira melalui setiap klik yang terhasil. Ada area yang kliknya mahal sehingga mencecah RM2.00 per klik. So bayangkan dalam sehari terdapat 20klik, jadi kos yang terpaksa ditanggung oleh owner sewa kereta adalah sebanyak RM40/hari. Mahal kannn???

Google Ads Untuk Iklan Sewa Kereta Kota Kinabalu

Penggunaan Google Ads semakin popular pada masa kini, dulu ia dikenali sebagai ‘Google Awords’. Ia merupakan platform iklan berbayar yang diperkenalkan Google bagi membantu owner bisnes diluar sana untuk mempromosikan bisnes mereka melalui pengiklanan di enjin carian Google. Melalui platform Google Ads ini, owner bisnes mampu mengiklankan bisnes mereka di carian Google dengan hanya kurang dari 10minit sahaja tanpa perlunya ada kemahiran teknikal IT yang tinggi. Dengan hanya beberapa klik sahaja, iklan bisnes mereka akan muncul di 1st page Google. Google Ads ini dikira berdasarkan kepada konsep ’bid’ bagi sesebuah kata carian. Siapa yang ‘bid’ paling tinggi, iklan mereka akan berada di kedudukan teratas Google.

Google Ads Untuk Iklan Sewa Kereta Kota Kinabalu

Sebagai contoh, sekiranya owner kereta sewa A bid kata carian sewa kereta kota kinabalu lebih tinggi dari bid owner kereta sewa B, maka sudah tentu iklan kereta sewa owner A akan muncul di kedudukan yang teratas dalam carian Google. Jadi bila para pelanggan kereta sewa membuat carian di Google, sudah tentu mereka akan melihat iklan kereta sewa owner A terlebih dahulu, dan sales mungkin akan berlaku. Oleh itu, pemegang account Google Ads perlu membuat setting yang terbaik dan tepat bagi menghasilkan setiap klik yang berkualiti dan seterusnya dapat menjana sales bagi bagi bisnes kereta sewa mereka.

Impak SEO Keatas Website Sewa Kereta Kota Kinabalu

Sebagai alternatif kepada Google Ads, SEO memainkan peranan yang penting di dalam enjin carian seperti Google dimana SEO ini berupaya meletakkan website / blog mahupun link FB sesuatu bisnes itu berada di ranking teratas Google. Dan ia juga merupakan salah satu teknik pemasaran online yang terbukti keberkesanannya dan mampu memberikan hasil yang lumayan kepada pemilik dan juga owner bisnes. Bagi owner bisnes sewa kereta khasnya bagi area Kota Kinabalu dan sekitar kawasannya, penggunaan teknik SEO keatas website / blog sewa kereta mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan disebabkan website / blog bisnes mereka berada di ranking teratas Goolge. Sudah tentu para pelanggan yang mencari kereta sewa di enjin carian Google akan dapat melihat pautan link tersebut dan akan klik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis sewa kereta yang ditawarkan. Sebagai contoh sekiranya pelanggan mencari sewa kereta kota kinabalu di Google, sudah tentu mereka akan klik pautan yang teratas sekali.

Impak SEO Keatas Website Sewa Kereta Kota Kinabalu

Akan tetapi teknik SEO ini mengambil tempoh yang agak lama dan pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan oleh webmaster jika ingin lihat website mereka berada di ranking teratas Google Malaysia ataupun di peringkat global. Kerja-kerja pengoptimaan website SEO ini akan dilakukan sekerap mungkin dan berterusan sekiranya ingin berada di ranking teratas carian Google. Sesudah website itu berada di ranking paling atas Google, sudah tentu ia akan menarik minat para pengguna untuk klik pautan link tersebut dan sedah pasti sales mungkin akan terjadi.

Harga Sewa Kereta Kota Kinabalu Serendah RM60 Sehari

Setiap pengusaha kereta sewa mempunyai harga mereka yang tersendiri. Tidak semua pengusaha ataupun owner sewa kereta mempunyai spesifik harga, dan ianya juga bergantung atas budi bicara masing-masing. Akan tetapi, secara umumnya, semakin lama tempoh sewa sudah tentu semakin murah harga kereta yang disewanya. Rata-rata ada pengusaha sewa kereta kota kinabalu yang memaparkan harga sewa kereta mereka di platform-platform pengiklanan seperti di social media (facebook, twitter, instagram dll). Selain itu, ada juga dikalangan pengusaha kereta sewa mengiklankan bisnes sewa kereta mereka melalui forum-forum besar seperti Mudah.my, Lelong.com.my, Carousell.com dan sebagainya. Kelebihan menggunakan forum-forum seperti ini adalah kerana kebanyakkan forum ini mempunyai bilangan pengguna berdaftar yang tinggi jumlahnya dan turut mempunyai ruangan topik seperti pengiklanan servis / produk dan sebagainya.

Harga Sewa Kereta Kota Kinabalu Serendah RM60 Sehari

Berbalik kepada harga sewa kereta di kota kinabalu, kereta jenis kompak sering mendapat sambutan hangat bagi pengguna sewa kereta disebabkan ia kecil dan mudah untuk bergerak ke mana sahaja destinasi. Selain itu, ia jimat minyak dan juga cekap tenaga. Sebagai contoh, sewa kereta perodua Axia auto berharga RM120 sehari. Sekiranya pelanggan ingin menyewa dengan tempoh yang agak lama, katakan sebulan @ 30hari, sudah tentu pengusaha sewa kereta akan memberikan diskaun sehingga 50% bersamaan RM60/sehari.

Tempat Makan Dan Minum Paling Best Dan Ohsem Di Kota Kinabalu

Sekiranya anda datang ke Kota Kinabalu, sudah tentu anda akan melawat atau pergi ke tempat makan & minum yang best bagi menikmati hidangan yang lazat dan sebagainya. Di sini, admin sewa kereta kota kinabalu akan senaraikan tempat makan best yang wajib anda pergi, antaranya:

1) Todak Waterfront Seafood Market / Gerai Makan Todak

Sabah memamg sinonim dengan makanan laut – fresh, murah & banyak pilihan. Todak Waterfront biasanya dibuka pada waktu malam dan lokasi tempat makan ini adalah sebaris dengan pasar Filipina, cuma perlu ke depan sikit. Gerai-gerai makan dataran Todak ni terletak bersebelahan pasar besar basah Kota Kinabalu di sebelah kanan dan anjung Todak tu dikirinya berhadapan Hyatt Hotel. Insyaallah jumpa & tidak sesat. Kebanyakan hidangan di sini disediakan di dalam kuantiti yang banyak, cuba order dulu dua atau tiga hidangan. Pilihlah makanan laut yang segar seperti ikan, ketam, sotong dan sebagainya. Mintalah mereka masak seperti apa yg kita nak. Pilih juga sayur apa yang ada untuk menambah hidangan. Hidangan panas2, tempat pun boleh tahan panas juga sebab lokasi tempat makan ini tak berangin dan duduk beratap kanvas. Kerusi meja pun rapat-rapat. Meriah sebab ramai orang. Rasanya memang padu juga.

Todak Waterfront Seafood Market

2) Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant

Pilihan lain jika ingin merasa makanan seafood di Sabah adalah di Restoran Kampung Nelayan.  Terletak di Taman Tun Fuad, Bukit Padang, P.O Box 23004, 88790 Luyang dan beroperasi pada setiap hari (7.30am – 2pm, 6.30pm – 11pm). Restoran ini mengambil rekabentuk Minangkabau dan terletak di atas Tasik Taman Botani. Suasananya agak eksklusif dan Restoran Kampung Nelayan ini juga merupakan satu-satunya restoran yang mempersembahkan tarian tradisional pada setiap malam bermula jam 7.45 malam sehingga 8.45 malam. Pelbagai menu menu yang boleh dipilih terdiri daripada ala-carte, sup, nasi dan mee, daging, dan pencuci mulut. Harga agak mahal namun jika ingin menikmati makanan seafood dengan suasana berbeza ini adalah tempat yang sesuai. Merupakan antara tempat fevret krew-krew sewa kereta kota kinabalu bersama rakan niaga yang lain.

Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant

3) Gayang Seafood Restaurant

Terdapat satu lagi tempat makan bagi anda minat dengan makanan laut. Restoran Gayang Seafood adalah antara tempat yang menjanjikan makanan seafood yang sangat fresh, saiz yang besar dengan harga yang lebih murah. Restoran Gayang Seafood terletak di Tuaran Sabah. Waktu paling sesuai untuk dikunjungi adalah pada waktu petang / malam selepas mengunjungi Kundasang dan ingin kembali semula ke Kota Kinabalu. Menjamu selera bersama keluarga tersayang sudah pasti mengujakan apatah lagi apabila melihat makanan yang dihidangkan adalah fresh2 belaka. Pelbagai jenis makanan laut dengan harga yang lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia terdapat di restoran ini. Selalu admin membawa staf-staf sewa kereta kota kinabalu datang dan menikmati makanan di sini. Menariknya, semua makanan lautnya masih segar. dan memang akan puas hati bila makan. Restoran Gayang Seafood merupakan salah sebuah restoran makanan laut yang popular di Tuaran. Jarak perjalanan hanya 28km sahaja dari Bandar Kota Kinabalu. Makanan laut boleh dinikmati sepuas-puasnya di sini.

Gayang Seafood Restaurant

4) Restoran Masakan Sedap

Restoran ini kalau dilihat seperti diusahakan oleh kalangan bukan Islam akan tetapi restoran makanan laut ini telah mendapat sijil halal dari JAKIM. Jadi, jangan ragu-ragu untuk datang ke sini. Oleh itu, anda akan dapat melihat terdapat ramai orang Islam turut serta menjamu selera di restoran ini. Semua makanan laut dekat sini masih hidup dan boleh di pilih sendiri. Ikan, ketam, udang dan macam2 lagi semua ada. Sama seperti Restoran Gayang Seafood, pelanggan kereta sewa khususnya dari sewa kereta kota kinabalu boleh pilih jenis makanan laut dan jenis masakannya. Antara menu yang menjadi kegemaran adalah Siput Tarik, Soft Shell Crab, Honey Lamb, Ikan Kukus, Claypot Fish Head dan banyak lagi. Walaupun agak mahal tetapi kualiti menu masakan setaraf dengan hidangan hotel 5 bintang! Beralamat di No. 1-0-1, Block B, Lot 20, Kolam Centre Fasa 2, Jalan Lintas, 88300 Kota Kinabalu dan waktu operasinya adalah setiap hari (12am – 12pm, 5pm – 12am).

Restoran Masakan Sedap

5) Steamboat Bakar Kota Kinabalu

Restoran steamboat ini digemari ramai di Kota Kinabalu. Terdapat banyak pilihan daging dan makanan laut di sini. Semuanya segar dan harganya juga berbaloi. Jika datang beramai-ramai dengan rakan-rakan mahupun keluarga memang sangat sesuai. Makanan sedap, restoran bersih, harga memuaskan, lokasi strategik menjadikannya restoran yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan-pelanggan sewa kereta kota kinabalu apabila ingin menikmati masakan yang segar & sedap. Restoran ini turut menyediakan ais-krim, laksa dan cendol sebagai pencuci mulut. Surau turut disediakan oleh pemilk restoran bagi pengunjung yang ingin menunaikan solat. Beralamat di Taman Mat Salleh Phase 2, 88200 Kota Kinabalu dan waktu operasi adalah setiap hari (530pm – 11pm).

Steamboat Bakar Kota Kinabalu

6) Mashawi Grill’s Nasi Arab

Merupakan antara restoran kegemaran crew sewa kereta kota kinabalu dan rakan niaganya. Bagi mereka yang meminati masakan Arab, restoran ini adalah sesuai untuk anda. Terletaknya bersebelahan dengan Hotel Tang Dynasty Bay di Sepanggar dan mempunyai cawangan baru di Sembulan bersebelah dengan Restoran Sutera Bayu. Makanannya sedap, dihidangkan panas, kurang berminyak dan dalam kuantiti yang banyak. Sepertimana menu di restoran-restoran di Malaysia, menu yang menyelerakan adalah seperti  mandi chicken / lamb, kabsah, kebab, pizza dan sebagainya. Menu yang patut dicuba adalah chicken mashwi, lamb pizza dan jangan lupa cuba Arabic Blossom Tea. Mashawi’s Grill merupakan satu-satunya restoran makanan Arab di Sabah, mempunyai hiasan sederhana, suasana santai dan sangat sesuai untuk makan bersama keluarga. Beralamat di Bandar Sepanggar 1, 88400 Kota Kinabalu. Manakala cawangannya terletak di Sembulan (bersebelahan dengan Restoran Sutera Bayu). Waktu operasi Khamis – Selasa (11am – 1030pm), dan ditutup pada hari Rabu.

Mashawi Grill’s Nasi Arab

7) Salut Di Jalan Tuaran

Apabila tiba ke kawasan ini deretan gerai-gerai pondok kayu tepi jalan nampak usang namun ada yang best di sini.  Siapa yang pernah ke sini pasti akan mencuba lokan bakar, puding kelapa & air kelapa bakar. Tiada kawasan tempat letak kereta yang khusus dan pemandu perlu berhati2 meletak kereta mereka berhampiran kereta yang lain di tepian jalan tersebut. Sering krew sewa kereta kota kinabalu datang ke sini menikmati hidangan sederhana sambil merehatkan minda. Gerai-gerai di sini saling berhadapan dan berdekatan. Hampir semua gerai menjual makanan yang sama. Lokan bakar, kelapa bakar dan puding kelapa, namun ada juga yang menyediakan makanan lain seperti nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Mana yang ramai pelanggan biasanya kedai itu lah yang sedap masakannya & mempunyai servis layanan yang baik. Akan tetapi terpulang dengan citarasa masing-masing. Tetapi kalau setakat nak makan lokan bakar, kelapa muda, kelapa bakar dan puding kelapa mana-mana gerai biasanya akan rasa sama saja.

Salut Di Jalan Tuaran

8) Restoran Thien Thien (HALAL)

Terletak di Jalan Pantai, Kota Kinabalu berhampiran Horizon Hotel dan mengambil masa 5 minit ke tamu mingguan Gaya Street. Restoran ini mampu menarik ramai pelanggan kerana masakannya yang sedap & harga yang berpatutan. Menu yang terkenal adalah Nasi Ayam dengan 2 pilihan sama ada mahu ayam roasted atau steamed. Selain itu daging masak halia, fish fillet masak sweet sour, yam basket, sup dan sayur sangatlah sedap. memang terbaik & tak salah mencuba.  Selain di bandar Kota Kinabalu, terdapat juga cawangan Restoran Thien Thien di Putatan. Lebih kurang 10 minit sahaja jarak perjalanan dari Kota Kinabalu International Airport.

Restoran Thien Thien (HALAL)

9) Grace Point, Sembulan

Siapa yang tidak rambang mata bila dating ke tempat yang dapat memberikan pelbagai pilihan menu masakan pada harga yang sangat berpatutan. Nak masakan yang mana? Sabahan, seafood, India, Chinese Style, Korean, Arab semuanya ada di Grace Point Sembulan. Grace Point Sembulan mempunyai kawasan untuk berjoging dan bersenam. Sangat bersih dengan dihiasi banyak pokok serta mempunyai monumen Double Six Memorial yang mempunyai sejarah di sebaliknya. Menurut salah seorang pelanggan sewa kereta kota kinabalu berkata lokasi ini sebenarnya merupakan kawasan taman peringatan yang dibina khas untuk memperingati satu peristiwa malang. Ada pelbagai teori berkenaan peristiwa kemalangan tersebut dan sehingga sekarang ianya masih kekal menjadi misteri. Apabila ke sini antara menu menarik yang boleh dicuba adalah seperti Nasi Ayam Penyek, Mee Goreng Mamak, Set Ayam Berempah atau Salmon Dumplings.  Harga makanan sangat berpatutan cuma harga minuman agak sedikit mahal.

Grace Point, Sembulan


10) Kantin Bakut @ Kg. Bakut, Tuara

Kantin Bakut merupakan tempat makan yang agak terpencil 20 KM ke Utara daripada Kota Kinabalu namun terkenal disebabkan keenakan menu masakan yang disediakan di kantin ini.  Sesiapa yang menuju ke Kundasang pasti akan melalui area kantin ini iaitu bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas di Kg. Bakut Jalan Tuaran. Pelbagai aneka masakan mee & menu yang wajib dicuba apabila berkunjung ke kantin ini ialah Tom Yam.

Kantin Bakut @ Kg. Bakut, Tuara

Tempat-Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Sabah

Sebut sahaja Sabah pasti akan terbayang keindahan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung ke-5 tertinggi di Asia Tenggara yang terletak di Banjaran Crocker dan menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia. Keindahan alam yang terdapat di sekeliling, suasana yang sejuk dan telah dipelbagaikan dengan segala kemudahan rekreasi menjadikan Kundasang suatu destinasi yang cukup popular. Tetapi jangan hentikan imaginasi anda di situ sahaja, kerana sebenarnya terdapat banyak tarikan lain yang sangat mengujakan untuk dilawati di Kota Kinabalu. Sekurang-kurangnya anda wajib datang ke Kota Kinabalu menyaksikan dan merasakan sendiri keadaan Sabah yang unik dari segi budaya, makanan malahan bahasa. Semangat anda pasti berkobar-kobar untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai destinasi pilihan untuk percutian apabila sahaja anda membaca senarai tempat menarik di Kota Kinabalu ini. Berikut adalah antara tempat-tempat yang menarik yang sempat admin web sewa kereta kota kinabalu nyatakan di sini. Berikut adalah:

1) Taman Tunku Abdul Rahman

Taman Tunku Abdul Rahman sebenarnya adalah nama yang diberikan untuk 5 buah pulau yang sangat popular dan tidak jauh daripada bandar Kota Kinabalu. Pulau-pulau itu adalah terdiri daripada Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan terakhir ialah Pulau Sulug.  Taman marin ini telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar oleh Kerajaan Malaysia. Untuk menuju ke pulau-pulau ini hanya mengambil masa beberapa minit dari Kota Kinabalu dengan menaiki bot dan Taman Tunku Abdul Rahman menawarkan lebih daripada 25 lokasi menarik untuk aktiviti menyelam skuba. 

Taman Tunku Abdul Rahman

Team sewa kereta kota kinabalu sering memilih lokasi ini untuk dijadikan sebagai tempat istirehat pada waktu hujung minggu. Selain menyelam skuba antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan-kawasan tarikan Taman Tunku Abdul Rahman adalah parasailing, snorkeling, berkayak, BBQ, menyelam skuba, merentas hutan dan banyak lagi aktiviti pantai yang lain. Terdapat pelbagai pakej pulau yang ditawarkan. Harga bermula serendah RM35 untuk dewasa untuk melawat satu pulau. Harga termasuk jaket dan snorkeling google.  Tidak termasuk harga tax.

2) Pasar Filipina

Pasar Filipina merupakan destinasi untuk membeli kraftangan atau cenderahati seperti kerongsang, rantai dan gelang , mutiara, keychain, aksesori wanita.  Mutiara yang dijual  adalah daripada  jenis air tawar dan air masin  tetapi awas anda perlu membawa mereka yang tahu mengenai mutiara sebelum ke sini dan jangan lupa tawar menawar. Jika tidak anda mungkin terbeli mutiara tiruan dengan harga lebih tinggi dari Semenanjung. Selain itu, para pelanggan sewa kereta kota kinabalu juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang.

Pasar Filipina

Pasar Filipina ini juga merupakan tempat untuk membeli makanan laut atau barangan produk kering seperti ikan masin, udang kering dan sebagainya. Waktu malam pula kawasan ini terkenal dengan makanan laut yang segar dan murah.

3) Pantai Tg Aru

Terletak tidak jauh daripada Bandar Kota Kinabalu. Di sini anda akan dijamu dengan pemandangan matahari terbenam yang indah pada waktu senja, bermain di pantai yang luas dan juga melihat dengan jelas kapal terbang yang mendarat di Kota Kinabalu International Airport. Pantai Tanjung Aru hanya terletak 6 KM dariada pusat bandar Kota Kinabalu menjadikannya salah satu pusat riadah bersama keluarga dan jauh daripada kesibukan kota. Waktu matahari mula terbenam adalah sekitar 5.30 petang dan jangan lupa membawa bersama kamera bagi merakamkan foto-foto menarik bersama keluarga dan orang tersayang. Antara tempat riadah bagi warga team sewa kereta kota kinabalu pada waktu cuti sekolah.

Pantai Tg Aru

4) Gaya Street Sunday Market (Tamu Gaya Street)

Dibuka hanya pada waktu pagi hari Ahad sahaja. Pelbagai jenis produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan sebagainya boleh diperolehi di sini. Cubalah merasainya dan jangan meninggalkan Kota Kinabalu jika tidak ke Pasar Gaya. Pasar ini merupanya salah satu pasar yang cukup popular yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Kinabalu. Para pelanggan sewa kereta kota Kinabalu boleh mendapatkan pelbagai jenis cenderamata terdapat di Pasar Gaya ini untuk dibawa pulang. T-Shirt, ukiran, keychain, sabun, barangan berasaskan laut & produk makanan sabahan yang sesuai dijadikan buah tangan kepada keluarga & sahabat handai. Cuma mencari kawasan letak kereta memang berpeluh juga sebab tempat letak kenderaan yang terhad. Tetapi ada satu hotel yang boleh dijadikan pilihan untuk parking kenderaan berdekatan dengan pasar ini iaitu Horizon Hotel.  Bayaran parking dalam 1 jam setengah rm8-rm10. Satu ja petua jika anda ingin membeli-belah dengan tenang di pasar ini, datanglah sebelum pukul 8 pagi.

Gaya Street

5) Signal Hill Observatory Platform

Signal Hill Observatory Platform merupakan puncak tertinggi bandar ini yang mempunyai tempat pemerhatian yang berbentuk seperti piring UFO. Umpama burung yang terbang tinggi apabila berada di sini kerana dapat melihat  pemandangan luas sekitar bandar dengan sepuas hati. Untuk menuju ke sini, anda boleh mendaki hingga ke puncak bukit ataupun menaiki teksi. Waktu terbaik untuk menikmati pemandangan adalah pada ketika awal pagi ataupun pada ketika matahari terbenam. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan kerana anda perlu melihatnya dengan sendiri.  Lokasinya hanya di pinggir bandar raya Kota Kinabalu.

Signal Hill

6) Masjid Bandaraya / Masjid Terapung Likas

Masjid yang memiliki keluasan sebanyak 14.83 hektar dengan kemampuan untuk menampung sehingga 12,000 jemaah pada satu-satu masa, Masjid Bandaraya ataupun Masjid Terapung Likas adalah masjid kedua yang terpenting di bandar Kota Kinabalu. Masjid ini terletak di pesisir pantai Likas ini dan jika diamati, masjid ini memiliki reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah. Jangan lepaskan peluang untuk solat di sini. Menurut krew sewa kereta kota kinabalu, terdapat juga lukisan-lukisan yang dijual di ruang luar masjid ini.  Mungkin salah satunya dapat menarik perhatian anda

Masjid Terapung Likas

7) Bukit Kokol atau Kokol Hill

Bukit Kokol yang terletak 2,400 M dari aras laut merupakan lokasi menarik di mana anda akan dapat melihat keindahan gunung Kinabalu dan panaroma sunset yang tersangatlah awsome! Di sini anda akan dapat melihat pemandangan bandar raya Kota Kinabalu dan pulau-pulau di sekitarnya.  Terletak lebih kurang 30 KM daripada Bandar Kota Kinabalu dan terdapat beberapa resort di sini yang membolehkan para pengunjung menikmati keindahan panorama senja Bandaraya Kota Kinabalu dan di sekelilingnya serta  warna lautan yang keemasan, udaranya yang sejuk dan nyaman disebabkan Bukit Kokol terletak di kawasan tanah tinggi.

Kokol Hill

8) Tanjung Aru Perdana Park

Tanjung Aru Perdana Park di Tanjung Aru ini merupakan kawasan yang cukup selesa untuk anda khususnya bagi para pelanggan sewa kereta kota kinabalu yang mencari tempat berjogging yang selamat di Kota Kinabalu.  Kawasannya yang bersih,dan moden sesuai untuk berjogging mahupun berlari atau cuma rehatkan diri dengan berjalan anak-anak sahaja. Terdapat juga tempat permainan untuk anda yang mempunyai anak-anak kecil. Bermula pukul 7 malam, terdapat persembahan air pancut berwarna warni yang bergerak dan bertukar warna mengikut irama lagu. Caj masuk ke kawasan ini hanya 50 sen sahaja. Menarik bukan!

Tanjung Aru Perdana Park

Testimoni Pelanggan Sewa Kereta Kota Kinabalu

Rata-rata pelangan diluar sana yang telah mengambil perkhidmatan sewa kereta adalah kebanyakkannya merupakan penduduk di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan di sekitarnya dan ada juga yang datang dari luar dan dalam negara. Kebanyakkan para pelanggan berpuas hati dengan servis sewa kereta yang ditawarkan dan pelbagai faktor yang mempengaruhi, antaranya ialah kereta sewa bersih dan kemas, kereta baru, harga berpatutan dan banyak lagi. Ini merupakan antara salah satu tujuan utama pengusaha sewa kereta kota kinabalu bagi mengembangkan lagi bisnes perkhidmatan sewa kereta menjelang tahun 2020. Objektif utama kami adalah untuk ingin menjadikan TK Bayu Rental sebagai syarikat pengusaha sewa kereta yang terulung di Kota Kinabalu khususnya dan juga Sabah secara amnya. Sejajar dengan Kota Kinabalu Sabah sebagai antara pusat tarikan pelancongan utama di Negeri Bawah Bayu ini, setidak-tidaknya syarikat ini dapat memberikan servis sewa kereta kepada para pelanggan di luar sana samada pelancong dari dalam negara mahupun luar negara. Dibawah ini merupakan antara testimoni-testimoni para pelanggan yang berpuas hati dengan servis sewa kereta TK Bayu Rental:

testimoni sewa kereta kota kinabalu
testimoni sewa kereta kota kinabalu 1
testimoni sewa kereta kota kinabalu 2
testimoni sewa kereta kota kinabalu 3
testimoni sewa kereta kota kinabalu 4


Perkhidmatan Sewa Kereta Kota Kinabalu

Telefon / SMS :

EN. DNZ 012 533 5593

Whatsapp : Klik Sini (fast reply)

Website : 
https://www.sewakeretakotakinabalu.com